Saturday, August 13, 2011

My Loyal Companions

kita da jauh sekarang kan sayang..
masing-masing da further study tapi cinta kita x penah b'ubah & still strong kan sayang..
i miss you so much sayang..
dulu sayang penah bgtahu if kita rindu each other just tengok bulan & lepaskan rasa rindu sebab kita tengok bulan yang sama kan sayang..
hurm sayang mesti suka lagu nih kan..
boleh jadi lagi 1 theme song kita lah sayang.. :)


Just for you my love :


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back


My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the moon
Trying to get to you
In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool
Who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad


But they don't know
what I know
Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

Chorus:
At night when the stars
light up my room
I sit by myself


Talking to the moon
Trying to get to you
In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night 
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away



*i really miss you
*i love you with all of my heart sweety
*don't forget our moon
* (^,^)


out..

Saturday, August 6, 2011

My Wife + My Life = *..fizazri forever..*


RASULULLAH SAW adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang tiada tandingan. Allah membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam, ayat 4)

Sifat sempurna itulah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW, hati mereka mencintai Baginda, bahkan berapa ramai yang dulunya bersikap keras berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak serta budi Nabi SAW.

Sukarnya menggambarkan kemuliaan akhlak dimiliki Baginda, Saidatina Aisyah menisbahkan keperibadian Rasulullah SAW dengan kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, baginda dipenuhi nilai kasih sayang dan romantis dengan isteri-isterinya. Namun, sunnah ini seakan dilupakan suami masa kini yang sering menggambarkan diri mereka pemegang kuasa keluarga, perlu sentiasa kelihatan bengis dan egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas rasa tawaduk dan romantisnya Baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Diceritakan, Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan Aisyah berkata: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.”

Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir menunjukkan ia satu sunnah terutama selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa dibebani tugas, kita masih boleh mengambil sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Contohnya, menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti dilakukan Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehingga Nabi SAW berkata:
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” (Hadis Bukhari dan Muslim)

Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan:
“Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian Baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri Baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”

Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dulu. Apabila waktu cuti hujung minggu atau malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukan sekadar tips dari seorang pakar motivasi tetapi sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya.

Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim:
“Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Rasulullah juga membawa Aisyah makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah tidak diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)

Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disaran suami menyuap makanan ke mulut isterinya. Seperti dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”

Malangnya, romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya.

Tetapi jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ia dihalalkan.

*can't wait for this moment
*my lovely wife to be :  Nur Hafizah Bt Aziz
*love you so much sayang
* (^,^)

out.. 

Sunday, July 17, 2011

Happiness Is Guaranteed




Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”

(Riwayat Anas Bin Malik)


Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’


Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.


Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.


Sabda Rasulullah s.a.w:

“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.”

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)


Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.


Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.


Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:


1. Jangan terlampau banyak bercakap
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.


2. Jangan menyebut kelemahan pasangan
Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.


3. Jangan membalas perbuatannya
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.


4. Jangan cuba mengubah pasangan 
Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5. Fokus pada masalah 
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.


6. Jangan tinggikan suara 
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.


7. Gunakan panggilan manja 
Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.


8. Elakkan terlalu emosional 
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.


9. Gunakan perkataan yang baik-baik 
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”


10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur 
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.


11. Dengar luahan isteri 
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.


12. Jangan bergaduh di depan anak 
Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13. Bersabar  
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.


14. Say NO to third party 
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15. Mengalah tidak bererti kalah 
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai 
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.


17. Luahkan 
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18. Pelukan dan kemaafan 
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.



*happiness just a step away
*love you so much sayang
*xoxo 
* (^,^)


out..

7 Ways To Embrace Your Guardian Angel With An Eternity Happiness


1. Kasih Sayang dan Cinta Yang Sebenar-benarnya
Cinta jangan hanya kerana nafsu. Biasanya cinta kerana nafsu ini adalah cinta yang terbit dek kerana terpesona dengan kecantikan rupa. Bukannya tak boleh jatuh cinta dengan si tampan dan jelita, namun cubalah mencintai dirinya bukan hanya pada ketampanan atau kejelitaannya saja. Nak tahu sama ada anda ikhlas atau tidak, cuba anda tanya pada diri anda sendiri. Apabila tiba suatu masa dirinya sudah tidak begitu cantik atau menawan, adakah cinta anda padanya tidak pudar walau sedikitpun? Apabila dia sudah tidak begitu berharta, adakah anda sanggup mencintainya dan berada disisinya? Jika jawapan anda YA! Tahniah, kawan. Anda benar-benar pecinta yang sejati!

2. Memberi dan Menerima

Memberi dan menerima atau ‘give and take’ dalam percintaan adalah sesuatu yang ‘menghidupkan’ perhubungan. Erti memberi itu luas. Bukan hanya memberi hadiah saja. SMS, kata-kata cinta, pujian, pertolongan, dan sebagainnya itu juga adalah memberi. Pihak yang menerima pula PERLU pandai menghargai apa saja yang diterima dari kekasih hatinya dan pandai pula membalasnya. Tunjukkan padanya yang anda benar-benar menghargai pemberiannya. Kadang-kadang, ucapan ‘terima kasih’ atau ‘thanks’ saja tidak memadai. Bayangkan anda beriya-iya , dengan susah payah membantu pasangan anda atau membelikan hadiah untuknya, lalu dia membalasnya dengan ucapan “terima kasih” dan itu saja! Tiada pujian, tiada senyuman, tiada kata-kata penghargaan. Oh, hambarnya! Ingat, anda perlu saling memberi dan tahu pula adab menerima. Jangan berat disebelah pihak saja. Jika anda sering merasakan dalam hubungan, seperti anda yang selalu ‘lebih-lebih’ sedangkan si dia ‘rilek’ saja, nampaknya ada yang tak betul dalam percintaan anda berdua. Mungkin si dia tidak ‘begitu’ mencintai anda. Anda faham maksud saya?

3. Saling Bekerjasama

Sejauh manakah anda dan pasangan anda dapat bekerjasama dengan baik?  Pasangan yang ideal dan bahagia selalunya ialah mereka yang bersatu-padu, saling bantu membantu, ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing‘. Mereka umpama sahabat yang paling akrab yang sering bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan rintangan. Pasangan yang baik adalah mereka yang tidak membiarkan pasangan mereka terkontang-kanting sendirian dalam kesusahan dan kesedihan, apatah lagi membina dan mempertahankan mahligai cinta sedangkan disebalah pihak hanya lepas tangan. Kalau anda nak tahu, ini namanya bertepuk sebelah tangan. Jika anda rasakan pasangan anda amat sukar untuk memberi kerjasama, apalagi untuk memahami perasaan anda yang inginkan bantuan, cubalah berbincang dengannya dengan baik. Jika si dia masih tidak berubah, mungkin ini masanya untuk anda angkat kaki dan ‘blah‘!

4. Gurau Senda dan Lawak Jenaka

Hiasi suasana hubungan anda dengan gurauan dan lawak jenaka. Kalau serious saja, mau tak jemu jadinya. Kalau anda mempunyai pasangan yang sentiasa serious, yang berlagak ‘professional‘ setiap masa, mengaku saja yang anda mula ‘bosan’ dan ‘penat’ dengannya. Ingat, walaupun anda boss di tempat kerja, anda masih manusia yang perlu pada gurau senda. Tak perlu kekal bermuka dan beperwatakan serious sepanjang masa. Walauapapun, saya tak suruh anda jadi pelawak. Gurauan dari anda, cukuplah sekadar mampu mengukir senyuman di wajahnya dan menjadikan dirinya terhibur. Buat para lelaki, orang perempuan memang suka pada lelaki yang mempunyai sense of humor!

5. Fikiran positif

“Kenapa lambat balas sms aku?” “Kenapa tak sms aku, tak ingat kat aku ke?” “Esok hari jadi aku, tapi dia macam buat tak tau je..” Jika anda berada dalam situasi seperti ini dan terus berfikiran negatif, saya ragu kalau hubungan cinta anda akan berpanjangan. Percintaan yang diselubungi oleh prasangka buruk dan fikiran negatif sangat payah untuk terus berdiri. Andai terdapat perkara yang anda ragukan atau sesuatu yang membuat anda rasa ‘tak puas hati’ minta saja penjelasan darinya dengan cara yang baik. Jika anda benar-benar sayangkan hubungan anda, cubalah berfikiran positif. Fikiran positif bukan saja dapat menyelamatkan hubungan anda, tapi mampu menjadikan hidup anda lebih ceria dan gembira.

6. Ada Matlamat

Dalam percintaan anda perlu mempunyai matlamat yang jelas. Ke mana anda mahu bawa bawa hubungan anda? Bagi yang belum berkahwin, anda harus menetapkan PERKAHWINAN sebagai matlamat percintaan anda. Ada orang bercinta separuh nyawa tetapi tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Duhai adik-adiku, para remaja sekalian, adakah anda begitu? Bercinta dalam usia yang terlalu muda sebenarnya sangat mencabar. Kemungkinan besar cinta yang dibina bakal berakhir separuh jalan (mungkin juga suku). Selagi anda tidak menetapkan matlamat yang jelas bagaimana anda mampu membawa percintaan anda ke jinjang pelamin, tiada siapa dapat menjamin hubungan anda akan berpanjangan.

7. Memiliki Hati Yang Bersih

Memiliki hati yang baik, suci dan bersih bukan saja satu kemestian dalam percintaan, tetapi juga dalam kehidupan. Dalam hubungan percintaan, pelbagai sikap dan sifat buruk boleh terbit dan terbentuk akibat hati yang tidak bersih. Ego yang tinggi, panas baran, angin tak tentu pasal, degil dan keras hati, sombong dan bongkak, zalim, cinta nafsu, semuanya ini berpunca dari hati yang kotor. Kes main kayu tiga, cinta beralih arah atau curang dalam percintaan adalah antara kesan daripada hati yang tiada ‘nur’. Sejauh manakah anda dalam hal ini? Bagaimana anda melihat diri anda sendiri? Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Bersihkanlah hati anda, sentiasalah perbaiki kelemahan diri. Masih belum terlambat untuk anda berubah menjadi lebih baik. Namun, jika anda merasakan anda memang ‘OK’, bagaimana dengan pasangan anda? Ingat, bila bercinta, hati mau baik!

*pratikkan untuk bahagia 
*love you so much sayang (^,^)
*xoxoxo

out..

Thursday, June 23, 2011

Cause Of Misery !!


1. Niat


Kalau dah memang niat tak ingin bersama selamanya, maka tak hairanlah cinta separuh jalan saja. Lalu anda tertanya-tanya, “Niat saya memang ingin kekal bersama, tapi kenapa putus juga?” Memanglah. Itu kata anda. Tapi dia macam mana pula? Lagipun, hubungan yang kecundang bukan kerana niat saja. Ada lagi yang perlu diambil kira. Ha, Teruskan baca.


2. Tak Serasi


Banyak yang perlu kita ambil kira dalam soal keserasian antara dua pasangan. Latar belakang pendidikan, pekerjaan, taraf kehidupan, kepercayaan, dan personaliti adalah antara perkara yang perlu kita fikirkan dalam mencari pasangan. Ada yang kata, biasanya pasangan itu berlawanan dan memang bagus begitu. Kalau si suami pendiam, si isteri banyak cakap. Kalau si isteri penakut, si suami pula berani orangnya. Lebih kurang macam itulah. Tapi percayalah, PERSAMAAN itu penting. Perbezaan yang wujud antara anda dan pasangan haruslah perbezaan yang saling melengkapkan kekuatan hubungan. Suatu perbezaan yang BERKUALITI. Bagi saya, biar banyak PERSAMAAN jangan banyak PERBEZAAN.


3. Kurang Perhatian


Pada sesiapa yang rasakan sedang bercinta, tolonglah beri PERHATIAN. Perhatian pada siapa? Sudah tentulah pada kekasih hati anda tu. Apalah ertinya cinta dan bercinta tanpa adanya perhatian. Bak kata orang putih, being caring is so important. Jadi, adakah pasangan anda seorang yang caring? Bagaimana dengan anda sendiri? Apa yang boleh saya katakan, orang yang merasakan kurang diberi perhatian akan mencari dan meminta perhatian dari orang lain. Saya harap anda faham maksud saya.


4. Kurang Kepelbagaian


Hubungan cinta tidak bermakna anda harus menjadi jiwang setiap masa. Tidak salah jika anda ingin meluahkan betapa kasih dan cintanya anda pada si dia. Tapi percayalah, jika anda tiada topik lain yang ingin dibincangkan selain soal hati dan perasaan yang masing-masing sudah pun tahu, lama-kelamaan anda akan rasa bosan. Jika anda masih tidak bosan, mungkin si dia yang tak tahan. Samalah juga sekiranya apa yang berlaku antara anda dan dia adalah sesuatu yang sama yang berlaku secara berulang-ulang. Psikologi manusia, apabila didedahkan dengan sesuatu yang berulang, lama-lama jadi muak dan jelak. Tak salah jika anda berdua ada rutin sendiri. Tapi, jangan lupa untuk menyuntik perkara-perkara baru dalam hubungan anda sama ada aktiviti baru, topik perbincangan yang baru dan sebagainya. Semoga, hubungan cinta anda menjadi lebih fresh dari biasa.


5. Ego


Kalau sudah namanya manusia, tidak kiralah lelaki atau perempuan, ego itu pasti ada. Apa yang membezakannya adalah sama ada ego itu tinggi atau rendah. Kata orang, ego lelaki lagi tinggi dari perempuan. Tapi ada juga dalam percintaan di mana orang perempuan lebih ego dari si lelaki. Walau apa pun kebenarannya, nasihat saya, ego biarlah bertempat. Mempunyai ego bukan satu kesalahan. Itu memang sudah semulajadi. Apa yang salah adalah mempunyai rasa ‘macam bagus’ dalam diri yang menyebabkan ego itu tinggi. Orang yang rasa ‘macam bagus’ ini biasanya tidak mahu mengaku kelemahan diri. Jadi, anda pun mungkin sudah tahu orang macam ini tidak makan nasihat. Entah-entah nasihat yang anda berikan bukan menjernihkan keadaan tapi menjadikan hubungan anda dengan dia lebih keruh. Aduhai..


6. Tak Matang


Bercinta biarlah dengan orang yang matang dan yang paling penting, matang dalam percintaan. Kalau fikirannya pun masih kebudak-budakan lagi, apalah yang anda mahu harapkan darinya? Carilah yang matang, yang ada matlamat dan cita-cita. Hubungan percintaan bukan perkara main-main. Fizikal dan mental perlu diambil kira. Jika anda tidak bersedia, tangguhkanlah dulu hasrat untuk bercinta.


7. Mahu Kesempurnaan


Saya tak nafikan, kita mahukan yang TERBAIK dari pasangan kita. Kalau boleh serba-serbi kita mahu dia menjadi paling menarik, paling cantik, paling bergaya, paling tampan, paling ‘best’ dan bagus. Namun, anda harus cepat sedar bahawa, insan itu tidak sempurna. Kalau yang baiknya kita nampak, yang buruknya pun kita harus bersedia menerima. Ciri negatif yang ada pada pasangan itu bukan pula harus kita diamkan saja. Sebagai kekasih yang baik hati, anda perlu menegur dan memberinya nasihat yang membina. Dalam masa yang sama, tunjukkan padanya sikap anda yang positif. Mudah-mudahan usaha anda itu berjaya membantu dirinya mencipta perubahan diri yang positif. Ini baru namanya CINTA. Tolong-menolong dan bantu membantu itu harus ada. Jangan asyik merungut saja memikirkan kekasih hati yang tidak sesempurna seperti yang diharapkan. Kalau dapat anda cermin-cermin diri anda tu bagus juga. Yalah, mungkin anda akan sedar bahawa diri anda pun tidaklah sesempurna mana. Bagi saya, usahalah menjadi yang terbaik. Kalau tak dapat jadi sempurna pun, anda masih dapat menjadi yang terbaik.


8. Sensitif Tak Bertempat


Baik anda mengaku sekarang. Saya tahu anda orang yang sensitif. Malah setiap orang didunia ini pun SENSITIF. Orang yang tidak sensitif ini hanya orang yang tiada hati dan perasaan saja. Kalau anda mudah terasa hati, itu petanda bahawa anda normal. Apa yang jadi masalahnya sekarang, ialah jika anda terasa hati dan terlalu mengikut perasaan anda. Merajuk, menjauhkan diri, marah-marah, adalah antara tindakan mengikut hati yang mungkin terjadi jika anda mengikut kata hati dengan membuta-tuli. Ada juga kes-kes di mana dek kerana terasa hati dan sensitif tak tentu pasal, si dia mula beralih arah mencari insan lain. Kalau perkara yang menyebabkan dia terasa hati itu suatu yang amat memalukan dan menyusahkan hidup diri dan keluarganya tak mengapalah juga. Tapi kalau disebabkan terasa hati kerana ditegur dan diberi nasihat, saya tak tau nak cakap macam mana lagi.


*there's no easy way out in life
*have a moment to solve everything
*live your life to the fullest & love her/him with all your heart

out..

Saturday, June 18, 2011

Love Strong !!


1. Tentukan garis panduan dalam hubungan!


Ini lah perkara paling asas dalam membina sesebuah hubungan. Ibarat membina sebuah bangunan , tiadanya garis panduan yang ditetapkan, maka bangunan yang dibina tu banyaklah kelemahannya. Garis panduan ni mestilah meliputi kesemua aspek penting yang korang titik beratkan dalam membentuk hubungan yang berjaya. Cara nak membuat garis panduan ni ialah anda harus mengenalpasti arah tuju dan perkara yang anda harapkan dari hubungan tersebut. Mungkin anda boleh menetapkan tempoh masa bercinta dengan menyasarkan suatu tarikh untuk sebuah ikatan perkahwinan. Pasti hubungan itu lebih bermakna.


2. Tegur secara terus dan ikhlas!


Yang ini memang paling penting dan kadang-kadang paling sukar untuk dilaksanakan. Kadang kala pasangan yang ditegur tidak mampu menerima teguran tersebut. Tapi percayalah, lebih baik sakit hati hari ini dari merana disuatu masa nanti. Tegur lah untuk tujuan membina. Tapi awas, teguran yang baik bukan bermakna pasangan tersebut cuba mengongkong tetapi untuk kebaikan bersama.


3. Berbincanglah!


Apabila wujudnya pertelingkahan atau berselisih pendapat, berbincang lah secara matang. Cuba elakkan dari mencetuskan lagi kemarahan pasangan dengan keegoan anda. Setiap yang berlaku, boleh dibawa berbincang. Bukakan hati anda, untuk menerimanya dengan terbuka. Tidak menjadi persoalan siapa yang bersalah atau memulakan kesalahan, yang lebih penting ialah belajar untuk menerima teguran dan sama sama untuk mengubahnya untuk kebaikan bersama.


4. Jangan mengungkit!


Perkara ni selalunya terjadi kepada orang perempuan. Tak dinafikan ada jugak sesetengah orang laki yang suka mengungkit. Walau macam mana pun, apabila sesuatu pergaduhan atau salah faham terjadi, tolong JANGAN mengungkit kembali perkara-perkara dahulu. Seperti kesilapan – kesilapan pasangan kalian yang lepas, ex-ex mereka, dan yang PALING PALING jangan diungkit ialah pengorbanan dan kebaikan yang telah anda lakukan kepada pasangan korang. Perkara – perkara seperti ini boleh mengubah pemikiran/pandangan pasangan terhadap anda walaupun selepas kalian berbaik semula nanti. Ini kerana pasangan akan merasakan anda tidak benar-benar ikhlas apabila melakukan sesuatu. Akibatnya, apabila anda berkorban masa/buat perkara-perkara best di masa akan datang, pasangan akan kurang menghargainya.


5. Jangan KONGKONG!


Ada sesetengah pasangan yang suka mengongkong. Penyakit ni memang ada tak kira pada laki atau perempuan. Anda harus sedar yang anda sedang bercinta dengan manusia. Bukan kucing atau burung yang korang boleh letakkan dalam sangkar. Jadi tak perlulah anda nak menghalang pasangan daripada melakukan perkara yang disukainya. Biarlah si dia bebas untuk keluar bersuka ria bersama rakan-rakan sekali sekala. Asyik-asyik dengan korang jer kan? Tak perlulah anda memaksa pasangan menghantar report setiap minit tentang apa yang mereka lakukan dan sebagainya. Cukuplah sekadar MENGETAHUI kemana mereka pergi dan dengan siapa mereka berada. Tak perlu mengongkong!

Anda masih mempunyai peranan didalam soal ini. Jangan terlalu harapkan pasangan untuk memberi kebebasan kepada anda tetapi anda sendiri lupa pasangan apabila bersama kawan kawan yang lain. Tidak salah sekiranya memberitahu kemana anda pergi kepada pasangan. Sekurang-kurangnya mereka tahu anda selamat.


6. Elakkan cemburu buta!


Inilah penyebab terbesar punca pergaduhan dalam hubungan. Kenapa perlu cemburu buta? Sekiranya anda benar-benar mencintai pasangan, anda seharusnya tanamkan sifat mempercayai pasangan. Perangai cemburu buta ini akan menyebabkan pasangan rimas dan tak mustahil satu hari nanti akan memakan diri korang sendiri, apabila pasangan angkat kaki dan tinggalkan anda terkapai-kapai dengan perasaan cemburu tak sudah itu. Nak ke jadi macam tu? Kalau taknak, henti-hentikanlah perangai tak bagus tu. Tak perlu nak tuduh melulu dan check2 msg kt inbox dan sent items dalam handset pasangan anda. Kalau betul pun dia sedang curang, satu hari nanti akan terbongkar juga. Bak kata pepatah, mana mungkin menyorok bangkai gajah.


*hope tips2 nih dpt bantu korang kukuhkn hubungan korang
*pada BUDDIES/FAMILY/bffGBSM saya, guna lah tips2 nih

out..

Wednesday, June 1, 2011

Live With Bittersweet Memories

*khairi farhan ibad azfar aizuddin azri*
*buddies selamanya*


nih larh sahabat2 aku..
kacak2 semua nya especially aku..
haha..
banyak kenangan yg kitorg ada since form 1..
dulu time form 1 belum ngam lg semua nya..
ngan ibad pun boleh gaduh just sebab baling2 batu..
haha..
start form 3 (maybe) kitorg selalu lepak kt umah din..
time tuh friendship kitorg memang da s'kuat besi yg da d'patri tahu..
everything kitorg buat mesti sama2 tp start form 3 tuh just tinggal aku ibad din azpa..
keri & paan da x rapat sbb lain kelas tp still hang out kt sekolah..
best wohh time sekolah dulu..
mcm2 kitorg buat..
time hang kt umah din memang mcm2 kitorg buat..
gossip2, gurau2, share probs, skate, shuffle, joget2, layan ps2, lukis2, nyanyi2, lepak rooftop..
best sgt time tuh..
dulu kitorg memang rajin rakam aktiviti kitorg..
weekend jer mesti lepak MP..
outfit kitorg time tuh sumpah funny..
mcm budak jasin.
haha..
if boring kt sekolah kitorg akn ponteng & lepak kt umah din..
port baik punya utk ponteng..
memang jadi rutin harian lah dulu after school time lepak umah din..
sampai penah accident nk lepak kt umah dia..
fuhh ckp kau m'lambung2 aku ngan dak azpa..
mcm stunt man b'lakon dlm filem2 aksi tuh..
gara2 nk elak d'kejar anjing punya pasal..
kejapan semua orang duk tgk kitorg..
malu jarp..
x tahu lah ada lg or x tattoo si azpa tuh..
haha..
kitorg belia yg aktif ok..
kadang2 kitorg selalu basketball, ping pong, skate, m'nari2, futsal, badminton..
memang damn syok lah..
ingat lg time perang dlm kelas..
team aku, azpa & keri..
team din, paan & ibad..
tembok team aku ialah faiz isa yg gagah.!
tembok team din ialah ilham mohd yg tegap.!
ngah syok2 b'perang sampai idea gila aku..
aku pi tembak bodyguard aku tuh..
pekkk.!!
b'teriak si paiz mcm gorilla kena rogol.!!
tp bila tanya sakit or x dia jawab x sakit tp urut2 badan dia sambil buat expresi org sakit..
pastuh bodyguard diorang pun jd mangsa k'adaan jgk..
pekkk.!!
b'tempik si ilham mcm king kong kena sula.!!
tp ilham kena lg pedih bai sbb peluru singgah kt pipi..
haha..
tp ada jgk x best time nih sbb kitorg ada salah paham ckit aku pun x pasti sbb apa..
tp yg pasti time nih ibad m'rajuk mayb sebab kitorg t'tembak muka beliau & aku ngan x s'mena2 pi tampar si paan, x tahu lah sebab apa..
then time form 4 paling x best..
malas nk ingat time tuh sebab aku break ngan family aku for 6 months..
lama gila kn..
da tutup cite time form 4..
ok now kitorg da form 5, da dewasa da..
awal2 bulan memang kitorg semua still mcm dulu tp akhir2 da x best..
hurm malas nk cite..
aib orang..
haha..
well time form 5 cikgu kitorg memang t'baik dri ladang..
cikgu ramli, cikgu noraini, cikgu bakhtiar, cikgu hasmaliza, cikgu yeap, cikgu raja, cikgu lee, cikgu alifah, cikgu azura..
fuhh, memang gempak lah diorang..
ok kita focus kt cikgu +math kitorg dulu..
b4 cikgu t'cinta kitorg cikgu azura masuk, cikgu ....... ajar kitorg tp bulan bpa x ingt cikgu azura take over sbb cikgu ....... pregnant nk b'anak..
cikgu azura punya cantik, manja ckp kau..
perghh x boleh tahan bai..
aku ngan azpa org yg b'tuah sbb dpt tgk aksi manja dia time kt kantin..
memang untung kita bro.!!
haha..
fuhh bnyak lg memory kitorg b'sama..
ada yg x boleh nk d'karang sbb too personal..
betul kn azpa..??
haha..
nih pun baru 0.01% tau..
eh, mcm kenal jer kn..
sounds familiar..
dah kau jgn buat pasal..
haha..
tp apa yg pasti ikatan yg kitorg jalin since form 1 dulu dah pun t'simpul mati sekarang..
x der apa yg dpt pisahkn kitorg sbb kitorg adalah FAMILY & BUDDIES SELAMANYA..
hope korang sume happy aku jd kwn korang.. =)

*minta maaf atas k'salahan aku dulu-dulu
*rindu korang semua
*sayang korang semua
*azpa bila nk sambung study nih

out..

Wednesday, May 25, 2011

To Do List

important nih semua untuk masa depan aku & dia..
aku mesti dapatkn

1.a successful career (anything that comes with large amount of cash)
2.a mansion (perhaps a penthouse)
3.a luxurious car (maybe 2, 3, 4 or ++)
4.six abs & muscular biceps (haha)
5.knowledge & experience (damn important.!!)

*hopefully aku dpt achieve my goal (amin)
*all of this just for you my love

out..

Monday, May 23, 2011

A Day For A Pray

Ya Allah,
sunyi nya aku tanpa dia..
kosong nya aku tanpa dia..
kusut nya aku tanpa dia..
rindu nya aku pada dia..
sayang nya aku pada dia..
cinta nya aku pada dia...

Ya Allah,
Kau limpahkn lah k'kuatan-Mu, p'tunjuk-Mu, hidayah-Mu, rahmat-Mu kepada Nur Hafizah bt Aziz..
Kau lindungi lah Nur Hafizah bt Aziz drpd s'barang k'celakaan, musibah & hasutan2 syaitan laknatullah..
Kau p'mudahkn & berkati lah segala urusan yg dia lakukan d'sana..
Kau tingkatkn lah iman & aqidah Nur Hafizah bt Aziz serta bimbing lah dia k'jalan yg Kau redhai..
Kau berikn lah k'cemerlangan & k'jayaan yg Kau rahmati pada diri nya d'sana..
Kau kurniakn lah k'sihatan fizikal, mental, jasmani & rohani serta k'sejahteraan hidup kpd nya utk m'bantu dia m'realisasikn impian nya..
Kau cekalkn lah hati nya supaya tabah m'nerima s'gala ujian yg bakal Kau berikn..
Kau ceriakn lah hidup nya d'sana dgn nikmat-Mu yg indah..

Ya Allah,
semoga Kau p'kenan kn doa2 hamba-Mu ini Muhammad Azri b Moidin..
Amin Ya Rabbal Alamin..

*m'nangis aku sendirian b'sama Mu..
*m'nangis aku sendirian b'sujud kpd Mu..
*m'nangis aku sendirian tanpa dia d'sisi..

out..

Red Devils Are The Champ !!



hail Sir Alex Ferguson yaw for guiding The Devils to their 19th Barclays Premier League Champions..
now, we're focusing to make Barcelona shed a tear at Wembley on the Final UEFA Champions League on 28th May..
champion champion champion.!
hell yeah.!

*to ibad : london bridge is falling down falling down falling down..haha..
*to din : you're always walk alone..haha..
*to azpa : erm, kau fan mana ek?? haha..
*to paan & keri : we're the champion my friend.!

out..

Sunday, May 22, 2011

Top Emotion : LOVE

salah satu emotion yg sangat indah..
sekali da dpt yg sejati,
susah nk lepas beb..
trust me,
i know it..
haha..
sekarang family2 aku pon da giat b'cinta..
happy tgk beliau2 semua..
semoga ke jinjang p'lamin & b'kekalan kita semua k..
haha..
ini larh dia bidadari2 yg amat b'makna dlm hidup kami..

*Ahmad Syafril Ibad + Nina Nazira (love at 1st sight konon nyer)
*Muhammad Aizuddin + Siti Adila (dri BFF turned into LOVER)
*Muhammad Farhan Izzuddin + Nur Ezea (kejap on kejap off tp still happy)
*Ahmad Azfar + ............. (t'lalu ramai k'kasih beliau & t'paksa d'rahsiakn)
*Muhammad Khairi + ......... (tengah m'nunggu kata dia)
*Muhammad Azri + Nur Hafizah (nih aku & dia)

p/s : our love story never ends b'cause true love doesn't have an ending..

out..

A Year From 22/5/11

rindu..
sunyi..
sayang..
sepi..
sedih..

*missing her already..
*hope everything will be just fine for her..
*all the best to my angel
*i'll wait for you honey..
*come back home soon..

out..

Presenting : Hana Tajima !!

ini larh dia si gorgeous Hana Tajima not Hannah Montana..
amacam??
cantik rite..
dpt tahu pasal dia bila aku tgk kawan aku Siti Adila mula m'gayakn style tudung mcm Hana Tajima..
then da t'pikat pulak tgk style si Hana nih..
sempoi but still m'narik..
nih pics2 dia utk korang tatap..
    *cool, simple, pretty*
*adore this style (akn d'aplikasikn oleh si dia nnt)*
*canon + hot model with shawl = Hana Tajima*
 *................*

*take a moment & enjoy this graphic of bad ass Hana Tajima

out..